Sunday 27 January 2013

Sumbangan Imam Syafie

Assalamualaikum semua.

Kali ini saya ingin mencoret serba sedikit tentang sumbangan beliau. Ketika beliau berusia 15 tahun, beliau telah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjidil Haram dek kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa. Beliau juga sering menasihati orang ramai terutama pelajar-pelajarnya tentang taklid. Selain itu,masyarakat Islam di Malaysia juga menggunakan mazhab Imam Syafie sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, beliau sentiasa sudi untuk berkongsi ilmu yang beliau peroleh kepada orang ramai.

Pesanan-pesanan bermakna

Assalamualaikum w.b.t
Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pesanan-pesanan bermakna dari Imam Syafie semasa hidup beliau. Saya berharap readers semua dapat menjadikan pesanan beliau sebagai panduan hidup. InsyaAllah :)




                        10 PESANAN BELIAU 

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ Allah s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

Kehebatan dan kelebihan unik Imam Syafie


 Assalamualaikum readers sekalian ..


KEHEBATAN BELIAU

·         Kehebatan beliau dalam mengeluarkan fatwa, mencurahkan ilmu dan berda’wah kepada masyarakat menyebabkan beliau disegani seluruh masyarakat Arab di tempatnya pada ketika itu.

·         Namun, kehebatan beliau tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, bahkan menurut beberapa pendapat ulama.

·         Beliau tidak pernah berdebat dengan seorang pun.

·         Hal ini amat berbeza dengan metod yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang lebih mengambil pendekatan berlawan hujah (memandangkan pada zaman Imam Abu Hanifah merupakan zaman kemasukan pelbagai ajaran dan dakyah bukan Islam).



KELEBIHAN UNIK PADA BELIAU

·         Menghafal pelajaran sebelum gurunya selesai mengajar.

·         Beliau bahkan menggunakan pecahan-pecahan genting, kulit-kulit binatang kering, pelepah-pelepah pohon kurma, dan tulang unta untuk menulis hadith. 

Sifat peribadi Imam Syafie & Keilmuan beliau

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian. 
Kali ini coretan saya adalah berkenaan sifat-sifat peribadi dan keilmuan Imam Syafie. Walaupun beliau mempunyai banyak kelebihan, namun tidak pernah sekali pon kelebihan itu dibanggakan. Malah, masih merendah diri kerana berasa dirinya begitu kerdil disisi Allah, tuhan sekalian alam. Wajarlah kita menjadikan beliau sebagai idola dan mencontohi sifat-sifat mahmudah beliau.


SIFAT PERIBADI
  • ·       Berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi
  • ·         Berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan
  • ·         Bijak berbicara
  • ·         Sangat menghormati dan memuliakan para gurunya
  • ·         Cinta pada ilmu pengetahuan
  • ·         Hartawan yang sangat pemurah
KEILMUAN BELIAU
  • ·         ILMU AL QURAN DAN HADIS
  • ·         ILMU FEQAH
  • ·         ILMU BAHASA
  • ·         ILMU SASTERA
  • ·         NAHU
  • ·         BALAGHAH
  • ·         MENCIPTA SYAIR
  • ·         BERSAJAK
  • ·         ILMU NUJUM

Biodata Imam Syafie

Assalamualaikum.
Dalam post kali ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang Imam Syafie seperti yang saya            janjikan sbelum ini. Harap readers semua dapat menghayati kisah imam yang terkenal dan mahsyur ini. Diharapkan juga readers semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran supaya hidup kita lebih diberkati oleh Allah swt. InsyaAllah ..


BIODATA IMAM AS-SYAFIE

Imam as-Syafi’e rahimahullah lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M.

Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e.

 Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya.

Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu.

Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.

Imam as-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah).

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

 Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. 

Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dapat menghasilkan blog ini yang diberi nama I LOVE ISLAM. Blog ini bertujuan untuk berkongsi serba sedikit kisah-kisah hamba Allah swt yang hebat dan pelbagai lagi info-info yang berguna untuk dibaca oleh semua. Untuk pengetahuan semua, blog ini dikendalikan oleh 3 gadis muda yang masih menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah. Bloggernya ialah Wan Ain Nabilah Binti Zakaria (WAN), Siti Maziana Binti Aznan (ANNA) dan Siti Nurfarahsyazwani Binti Jasni (WANI). Segala salah dan silap yang terdapat didalam blog ini harap dimaafkan. Segala yang baik hanya datang dari Allah, segala yang buruk datang daripada kekhilafan kami sendiri. InsyaAllah, blog ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kita sedikit demi sedikit. Semoga blog ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Insyaallah ..