Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pesanan-pesanan bermakna dari Imam Syafie semasa hidup beliau. Saya berharap readers semua dapat menjadikan pesanan beliau sebagai panduan hidup. InsyaAllah :)
10 PESANAN BELIAU
Sebelum Imam Shafie
meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat
perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang
ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu
dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat
maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon
maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa
cinta kepada Allah s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu
membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat
Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar,
meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu
menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian
sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup
dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat
Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t., membanyakkan
sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat
Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ Allah s.w.t., sabar menerima
bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah
s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada
sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia
kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan
kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
No comments:
Post a Comment